Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perbincangan Khas Raja-raja Melayu diadakan di Istana Negara, hari ini. Foto fail.

Yang Di-Pertuan Agong terima surat perletakan jawatan Perdana Menteri

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 16 Ogos : Istana Negara mengesahkan Yang Di-pertuan Agong berkenan menerima surat peletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa hari ini.

Menerusi kenyataan media sebentar tadi, Istana Negara turut memaklumkan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri ‘caretaker’ sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan kepada Muhyiddin dan Jemaah Menteri atas khidmat bakti dilaksanakan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya memerangi pandemik COVID-19.

“Selaku Ketua Utama Negara, Seri Paduka memahami dan menghormati sistem dan proses perundangan negara dan keputusan dibuat oleh Perdana Menteri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang -undang,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin tiba di Istana Negara kira -kira pukul 12.23 tengah hari tadi dan keluar kira-kira 40 minit kemudian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan