Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan dijadualkan berlangsung esok di Istana Negara pada 2.30 petang. Foto: Bernama

PRU-15 bukan pilihan terbaik masa ini

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bukan pilihan terbaik berikutan faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat.

Ini kerana, sehingga 10 Ogos 2021, daripada sejumlah 613 kawasan Dewan Undangan Negeri, sebanyak 484 kawasan (79 peratus) adalah zon merah COVID-19.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan pada Isnin, perkembangan itu diterima ketika Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima sembah maklum daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, pagi tadi.

“Baginda turut mengambil maklum bahawa fasiliti kesihatan negara juga berada pada situasi membimbangkan.

“Baginda menzahirkan harapan agar kemelut politik berlarutan tanpa kesudahan yang telah mengganggu kelancaran tadbir urus negara ini, dapat diakhiri.

“Ia demi kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara yang diancam pandemik COVID-19,” katanya.

Katanya lagi, Seri Paduka Baginda turut menyeru seluruh rakyat agar bertenang dan bersama Baginda mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah.

“Dijauhi dari sebarang musibah dan wabak COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan