KUALA LUMPUR, 16 Ogos : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menghadap Yang Di-pertuan Agong di Istana Negara sebentar tadi.
Pertemuan berkenaan berlangsung kira – kira 40 minit apabila kenderaan membawa Muhyiddin keluar dari kawasan perkarangan Istana Negara tepat pukul 1 tengah hari tadi.
Muhyiddin dilihat sekali lagi melambaikan tangan kepada petugas media.
Sebelum ketibaan Perdana Menteri, kenderaan membawa Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun memasuki perkarangan Istana Negara kira – kira pukul 10.40 pagi tadi diikuti ketibaan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah pda pukul 11.17 pagi.
Sebelum ini, media melaporkan Muhyiddin akan menghadap Yang Di-Pertuan Agong hari ini bagi menyerahkan surat meletak jawatan susulan hilang majoriti di Dewan Rakyat.
Satu perutusan khas oleh Perdana Menteri dijangka akan dilakukan pada petang ini berhubung situasi semasa. – TVS