Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 8 Ogos -- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan pengumuman khas mengenai kemudahan bagi individu yang telah lengkap vaksinasi hari ini.?--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, Aug 8 -- Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin while delivering a special announcement regarding the benefits for individuals who are fully vaccinated today. --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHT RESERVED

Perdana Menteri tiba di Putrajaya

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 16 Ogos : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya kira – kira pukul 8.07 pagi ini.

Sebelum kenderaan yang membawa beliau memasuki pintu masuk utama, Muhyiddin sempat melambaikan tangan kepada petugas media yang menunggu di situ sejak awal pagi tadi.

Terdahulu, sekitar pukul 7.42 pagi tadi, Muhyiddin dilihat keluar dari kediamannya di Bukit Damansara.

Perdana Menteri dijangka akan mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pada pukul 10 pagi sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara kira -kira pukul 12 tengah hari ini.

Sementara itu, turut kelihatan kenderaan membawa Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun memasuki perkarangan Pejabat Perdana Menteri kira – kira pukul 8.29 pagi diikuti ketibaan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah pula dilihat tiba lebih awal sekitar pukul 8.10 pagi, lapor Bernama.

Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md Yusof mengesahkan Muhyiddin akan membuat pengumuman khas pada hari ini dipercayai berkaitan kedudukan beliau yang memimpin Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kembali bergolak baru – baru ini selepas 15 pemimpin UMNO diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) sekaligus menyaksikan gabungan itu hilang majoriti di Dewan Rakyat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan