Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 24 Jun -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan mesyuarat secara maya bersama Xie Jian, iaitu Pengerusi dan Presiden Syarikat Risen Energy Co. Ltd, sebuah syarikat pengeluar kelima terbesar dunia bagi penghasilan modul solar. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, June 24 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin held a virtual meeting with Xie Jian, the Chairman and President of Risen Energy Co. Ltd., the world's fifth largest manufacturer of solar modules. --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHTS RESERVED

Muhyiddin lepas jawatan, ucap terima kasih rakyat

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan beliau telah sedaya upaya untuk menyelamatkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan usaha memerangi COVID-19 dan pemulihan ekonomi dapat dilaksanakan.

Bagaimanapun ujar beliau, usaha berkenaan tidak berjaya kerana dua faktor utama.

Memberikan ucapan ‘perpisahan’ dalam suasana sayu, Muhyiddin berkata, tindakan 15 orang Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan kepadanya dan tawaran kerjasama rentas parti politik yang tidak diterima oleh pembangkang menunjukkan beliau telah hilang sokongan majoriti.

Perkembangan berkenaan katanya menyebabkan beliau terpaksa meletakkan jawatan dan keabsahannya sebagai Perdana Menteri tidak perlu lagi ditentukan di Parlimen.

“Maka, pada hari ini saya meletakkan jawatan saya sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh ahli Jemaah Menteri sebagaimana yang dikehendaki oleh Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri. Inilah yang saya mesti patuh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung kira-kira pukul 3 petang tadi.

Terdahulu, pada pukul 12.23 tengah hari, Muhyiddin tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang Di-pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta menyerahkan surat perletakan jawatan beliau.

Istana Negara dalam kenyataan media mengesahkan Seri Paduka berkenan menerima surat berkenaan berkuat kuasa hari ini dan memaklumkan bahawa Muhyiddin akan menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri ‘caretaker’ sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Berbalik kepada ucapannya, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau mendengar rayuan jutaan rakyat Malaysia agar meneruskan tugas namun tidak dapat berbuat demikian kerana hilang majoriti.
Muhyiddin pada masa sama turut mengambil peluang untuk menyelar pihak – pihak tertentu yang menurutnya rakus dalam merebut kuasa.

“Saya telah melakukan pelbagai ikhtiar hingga ke saat akhir untuk menyelamatkan kerajaan, setidaknya sehingga selesai tugas menguruskan pandemik, program vaksinasi dan pemulihan ekonomi. Bagaimanapun ini tidak berhasil disebabkan ada pihak tidak mengutamakan nyawa dan kehidupan rakyat,” katanya.

Pada masa sama, Muhyiddin menegaskan beliau tidak akan bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat serta mengganggu kebebasan badan kehakiman dan seterusnya membelakangi Perlembagaan Persekutuan semata-mata untuk kekal berkuasa.

Selanjutnya, beliau memberi jaminan program vaksinasi akan terus berjalan seperti dirancang dan rakyat tidak perlu bimbang kerana Kerajaan PN telah menempah lebih 87 juta dos vaksin untuk penduduk negara ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 4.36 bilion.

Beliau seterusnya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan, penjawat awam, parti-parti politik yang bekerjasama.

“Kepada seluruh rakyat Malaysia pula, saya ucapkan terima kasih atas sokongan saudara dan saudari sekalian. Saya akan terus berbakti kepada anda serta sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anda semua,” katanya.

Pada masa sama, beliau meminta rakyat kekal bertenang dan turut berdoa supaya Yang di-Pertuan Agong diberikan rahmat kebijaksanaan untuk memilih Perdana Menteri yang baharu menurut kehendak Perlembagaan Persekutuan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan