Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 13 Julai -- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media khas mengenai Task Force Greater Klang Valley di Kementerian Kesihatan hari ini. ?--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Lima lagi kes Covid-19 dikesan berkaitan Mesyuarat Khas Parlimen

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Lima lagi kes COVID-19 dikesan berkaitan Mesyuarat Khas Parlimen dari 26 hingga 29 Julai lepas, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 102 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu dimaklumkan pada 13 Ogos melibatkan lima sekeluarga dengan kes pertama bergejala adalah individu yang menghadiri sidang Parlimen tersebut.

“Tiga kes mempunyai nilai kitaran ambang atau ‘CT value’ RT PCR di antara 16.98 sehingga 22.76 (kebolehjangkitan yang tinggi) manakala dua lagi adalah di antara 28.98 sehingga 33.98,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mereka telah lengkap mendapat dua dos vaksin dan hanya bergejala ringan serta menjalani kuarantin di kediaman masing-masing.

Katanya penambahan lima kes itu menjadikan 30 kes jangkitan semasa persidangan Dewan Rakyat.

“Daripada 30 kes ini, dua kes melibatkan Ahli Parlimen, sembilan kes terdiri daripada pengiring, sembilan kes pegawai agensi kerajaan, tujuh kes lain-lain iaitu ahli keluarga, dua kes kontraktor dan satu kes daripada kakitangan Parlimen,” katanya.

Dr Noor Hisham memaklumkan 56 kes pula dikenal pasti hasil saringan pra-Dewan Rakyat, lapan kes kontak rapat dan lapan kes saringan pra-Dewan Negara.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan bersama dengan pihak Parlimen dan Majlis Keselamatan Negara telah berbincang mengenai beberapa penambahbaikan yang diperlukan sebagai persediaan pembukaan semula Parlimen bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan sebelum dan semasa persidangan.

Katanya kesiapsiagaan itu meliputi tindakan memastikan individu yang hadir ke Parlimen sihat dan tidak dijangkiti COVID-19 pada masa tersebut dan keadaan persekitaran serta bahagian dalaman Parlimen dikaji serta ditambah baik supaya selamat, kurang risiko dan tidak menjadi tempat penularan wabak berkenaan.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan