Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ketua Menteri Sarawak Sempurnakan ‘Flag-Off’ Konvoi Jalur Gemilang

KUCHING, ISNIN (16 OGOS) – Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menyempurnakan sesi pelepasan (‘flag-off’) Konvoi Jalur Gemilang yang disertai oleh 22 buah kenderaan daripada pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan semasa Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2021, Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Petra Jaya, hari ini.

Antara agensi yang menyertai konvoi itu adalah JaPen Sarawak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Jabatan Penyiaran Sarawak (RTM), Polis Diraja Malaysia, Pos Malaysia, Telekom Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sarawak, BERNAMA dan Perbadanan Filem Nasional (FINAS) Sarawak.

Konvoi ini telah melalui perjalanan sejauh 34.4 kilometer mengelilingi bandar Kuching danantara lokasi yang terlibat adalah JaPen Sarawak-Dewan Undangan Negeri Sarawak –Jalan Astana, Jalan Tun Abdul Rahman Ya’kub, Jalan Muhibbah (Kampung Dagok, Kpg No 3, Kpg No 4, Kpg No 6) – Jalan Datuk Ajibah Abol (Kpg Masjid) – Jalan Market – Jalan Main Bazaar – Wayang Street – Jalan Tabuan – Jalan Simpang Tiga – Bulatan Simpang Tiga– Jalan Tun Abd Razak – Jalan Datuk Merican Salleh – Jalan Tun Salahuddin Bridge-Jalan Demak dan berakhir di Jalan Diplomatik (JaPen Sarawak).

Program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sarawak ini adalah sejajar dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini yang kekal dengan tema seperti tahun lepas iaitu “Malaysia Prihatin”, yang mana tema tersebut bertujuan menghargai kesungguhan dan ketabahan semua warga Malaysia serta keprihatinan kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19. Antara sisipan acara patriotik yang turut berlangsung dalam majlis pelancaran adalah upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang diiringi lagu Negaraku, tayangan video “Malaysia Prihatin”, simbolik penyerahan Jalur Gemilang dan pameran HKHM 2021.

Terdahulu, Abang Johari juga telah menyampaikan amanat beliau sempena sambutan HKHM di Sarawak. Seramai 100 hadirin telah turut sama memeriahkan program berskala sederhana namun penuh aura patriotik ini, yang mana program berlangsung selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Bagi menggelorakan sambutan HKHM tahun ini, JaPen Sarawak turut menganjurkan pertandingan atas talian iaitu Selfie Wefie Merdeka 2021 Sarawak menerusi penyertaan di laman Facebook Jabatan Penerangan Sarawak dan KDS Tik Tok Merdeka Challenge melalui akaun TikTok Khabar Dari Sarawak yang mana kedua-dua pertandingan akan dilancarkan pada 18 Ogos hadapan dengan menawarkan hadiah berupa wang tunai dan sijil digital kepada pemenang yang terpilih.

Turut hadir, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Pengarah Penerangan Sarawak Swady Guliling.

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan