Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 16 Ogos -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melambaikan tangan kepada wartawan ketika keluar dari pekarangan Bangunan Perdana Putra pada 12 tengah hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

GPS hormat keputusan Muhyiddin

BySalasiah Safian

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghormati keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada Isnin.

Keputusan itu dibuat berlandaskan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan selepas kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Menurut Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof, GPS menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berkenan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalankan tugas sebagai ‘caretaker’ Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, GPS menjunjung Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin telah melakukan yang terbaik terutama dalam menangani penularan pandemik COVID-19 di negara ini termasuk dalam mempercepatkan program imunisasi kebangsaan, dengan ia sudahpun menampakkan hasil.

“Namun saya agak terkilan di sebalik komitmen padu dan kesungguhan Kerajaan PN dalam menangani pandemik dan membantu rakyat, Perdana Menteri ke-8 itu terpaksa berdepan tekanan politik perebutan kuasa, yang menyebabkan beliau terpaksa mengambil keputusan untuk berundur,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana telah memberi kepercayaan kepada beliau untuk menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Kanan Infrastruktur dan menerajui Kementerian Kerja Raya sejak 10 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021.

Sementara itu, Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi turut menzahirkan penghargaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Saya amat menghargai peluang ini dan sesungguhnya tempoh sebagai Menteri KPDNHEP ini telah memberikan banyak pengalaman dan pelajaran yang cukup bermakna kepada saya.

“Menerajui Kementerian ini di kala negara dilanda wabak COVID-19 sangat mencabar, memandangkan situasi ini tidak pernah dihadapi bukan sahaja negara kita, tetapi mana-mana negara di dunia ini,” ujar beliau.

Tambah Nanta, dengan kerjasama semua pihak di Kementerian, banyak kejayaan dan pencapaian yang telah dicapai termasuklah penguatkuasaan pelbagai Akta di bawah KPDNHEP.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri yang berpeluang membarisi Ahli Jemaah Menteri sebelum ini turut berkata beliau dapat melihat lebih dekat komitmen serta usaha yang diberikan oleh semua rakan Jemaah Menteri di bawah kepimpinan Muhyiddin Yassin.

“Saya berterima kasih kerana permintaan yang saya bawa untuk membantu penggiat industri pelancongan, seni dan budaya tempatan mengharungi situasi sukar sepanjang lebih setahun ini tidak diabaikan oleh beliau.

“Ini termasuklah pemberian bantuan dan insentif kepada penggiat industri pelancongan dan kebudayaan sehinggalah kepada kebenaran aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan hotel dan homestay kepada individu yang telah menerima vaksin lengkap sebagaimana yang telah diumumkan baru-baru ini,” jelasnya.

Nancy turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas segala kekurangan di sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan