Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

32.9 peratus daripada populasi negara lengkap dua dos vaksin setakat semalam – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Sebanyak 32.9 peratus atau 10,734,415 populasi negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. 

kredit Twitter Dr Adham Baba

Menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya, beliau memaklumkan 17,076,440 orang atau 52.3 peratus telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 27,810,855 dos.

Dengan ini, sebanyak 72.9 peratus penduduk dewasa telah menerima dos pertama, manakala 45.9 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19, setakat semalam.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 415,875 dos semalam dengan 143,671 adalah dos pertama manakala 272,204 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan