Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md Yusof bercakap kepada media selepas menghadiri mesyuarat khas partinya di Kuala Lumpur hari ini. Gambar oleh Zulkifli Che Sab,TVS.

Pihak tidak bertanggungjawab gadai masa depan rakyat -BERSATU

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 15 Ogos:  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) meluahkan rasa kecewa kerana terdapat ‘pihak tidak bertanggungjawab’ yang sanggup menggadaikan kepentingan rakyat sehingga tercetus krisis politik dan pentadbiran negara ketika ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md Yusof berkata, perkara yang sepatutnya dilakukan oleh kumpulan berkenaan dalam suasana serba tidak menentu akibat pandemik COVID-19 ialah menyokong serta mengekalkan usaha yang sedang dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Bagaimanapun kita (Kerajaan PN) akur kepada Perlembangan sekiranya (kumpulan berkenaan) menarik sokongan atas dasar kepentingan peribadi tanpa mengira kebajikan rakyat, maka kita kena uruskan cara terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mensyuarat khas partinya di ibu negara hari ini.

Antara pemimpin tertinggi parti berkenaan yang hadir termasuklah Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta barisan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti antaranya Datuk Zuraida Kamaruddin, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Kamarudin Jaafar dan Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Mengulas lanjut, Mohd. Redzuan berkata, ketika ini terserah kepada Yang Di-pertuan Agong bagi memastikan negara diterajui oleh kepimpinan yang mementingkan keprihatinan dan kesejahteraan rakyat.

Suasana politik negara terus tidak menentu apabila pembangkang mendakwa Muhyiddin kini hilang majoriti dan mendesak Ahli Parlimen Pagoh itu meletak jawatan.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, beliau tidak meletakkan jawatan kerana tiada seorang Ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan mempunyai majoriti cukup untuk menjadi Perdana Menteri baharu.- TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan