Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mayat mangsa jatuh sungai bersama kereta 4WD ditemui

DARO, 15 OGOS: Mayat pemandu yang terjatuh bersama-sama sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) pada Jumaat lalu telah ditemukan awal pagi tadi.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi Jabatan Bomba Penyelamat Negeri Sarawak berkata mangsa yang dikenali sebagai Kelvin Lau Ben Song, 25, ditemukan pada jam 9.40 pagi tadi pada jarak kira-kira tiga kilometer dari muara Batang Lassa

“Pasukan SAR bersama agensi lain bertindak memindahkan mangsa ke dalam bot dan menghantarnya ke jeti Jabatan Kerja Raya Daro,” katanya dalam satu laporan di sini.

Kredit gambar: Pasukan Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak

Jelasnya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 12.48 tengahari tadi.

Jumaat lalu, sebuah kenderaan 4WD dilaporkan terjatuh dari jambatan yang sedang dalam pembinaan.

Saksi kejadian dilaporkan sebagai berkata beliau terdapat lampu kenderaan pada jambatan yang berada 800 meter dari daratan namun tiba-tiba hilang.

Pemeriksaan mendapati pagar di kawasan jambatan telah roboh dan terdapat kenderaan yang terjatuh ke dalam sungai tersebut.

Pencarian oleh pihak bomba menggunakan tiga bot tunda telah menemukan kenderaan tersebut di lokasi sekitar jam 11.15 pagi dan berjaya diangkat keluar pada 4.45 petang

Menurut Ketua Polis Daerah Matu-Daro DSP Neil Beginda , mangsa tidak berada di dalam kenderaan terbabit.

Tags: #bm, daro

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan