Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan

Lelaki terselamat selepas cucuk mata buaya

ByOdleen Catherny

KOTA SAMARAHAN, 15 Ogos: Pantang maut sebelum ajal, lelaki terselamat dalam pergelutan dengan buaya di sungai Kampung Naie, di sini, petang Sabtu.

Menurut sumber, mangsa yang berusia 35 tahun itu bertindak pantas mencucuk mata buaya sebelum teruk dicederakan.

“Ini menyebabkan reptilia itu melepaskan gigitan terhadap mangsa.

“Mangsa mengalami kecederaan di tangan dan kaki kemudian segera menyelamatkan diri bagi mendapatkan bantuan dari penduduk kampung,” katanya.

Menurut sumber lagi, mangsa diserang buaya ketika menangkap udang di sungai berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang.

Mangsa dikejarkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan dandilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan