Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Khairy Jamaluddin mohon maaf

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR,15 Ogos: Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar tampil memohon maaf berikutan isu suntikan vaksin kosong dan masalah kesesakan yang berlaku baru- baru ini di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) , di tengah – tengah kehangatan kancah politik negara.

Menurut Khairy, pihaknya mengakui kesilapan yang berlaku dan tidak bersikap lepas tangan malahan telah melaksanakan langkah penambahbaikan.

“Saya memohon maaf atas kesilapan yang berlaku. Oleh itu, garis panduan telah dikeluarkan kepada petugas vaksinasi. Bagaimanapun, isu terpencil ini tidak mencerminkan keseluruhan PICK yang dilaksanakan di lebih 2,000 PPV di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi video yang dikongsi hari ini.

Video berdurasi selama lapan minit 45 saat dan tujuh minit 12 saat dalam Bahasa Melayu dan Inggeris itu mengundang spekulasi baharu bahawa ia seolah -olah ‘ucapan perpisahan’ daripada Ahli Parlimen Rembau itu.

Khairy sebelum ini dilihat sebagai antara Ahli Parlimen UMNO yang memihak kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) walaupun pimpinan parti mengarahkan kesemua wakil rakyatnya melepaskan jawatan dalam kabinet baru – baru ini.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut memberi maklum balas ‘keras’ apabila mengakui mempunyai masalah kepercayaan terhadap Presiden , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi namun menegaskan dirinya masih setia dengan partinya.

Mengulas lanjut mengenai PICK, beliau berkata, inisiatif berterusan mula menampakkan hasil apabila di Sarawak dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan, kes kematian dapat dikurangkan.

“Di kedua- dua wilayah berkenaan, lebih 56 peratus populasi dewasa telah lengkap divaksin. Walaupun varian Delta turut menular di sana, kita saksikan kadar jangkitan terkawal malahan penggunaan wad di Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 60 peratus di Sarawak dan 100 peratus di WP Labuan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan