Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

MAQIS rampas 8.9 tan makanan ikan dari China

SHAH ALAM, 14 Ogos — Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor merampas sejumlah 8,938 kilogram (kg) makanan ikan dari China di Pelabuhan Klang Barat, dekat sini, kelmarin.

MAQIS Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan kontena yang membawa makanan ikan dianggarkan bernilai RM98,466.73 itu ditahan susulan pemeriksaan rutin yang dilakukan pada jam 5 petang.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati makanan ikan yang telah diproses itu tidak mempunyai permit import yang sah dikeluarkan oleh MAQIS,” menurut kenyataan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan