Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ALOR SETAR, 7 Jun -- Petugas kesihatan mengadakan proses simulasi kemasukan pesakit ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Dewan Al Farabi di sini.?PKRC berkenaan akan beroperasi esok. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA?

Petugas pusat kuarantin mati selepas tidak sedarkan diri

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 13 OGOS: Seorang petugas kesihatan Pusat Kuarantin di kawasan King Centre, Kuching yang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri semalam dilaporkan telah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata tiada sebarang unsur jenayah, pecah masuk atau kehilangan harta benda milik si mati yang berusia 28 tahun itu dikesan ketika pemeriksaan dijalankan.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia lebih kurang tujuh jam sebelum disedari oleh rakan sekerjanya yang menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri sekitar jam 7 petang semalam (Khamis),” katanya Ahsmon.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Kemaskini:

Tambah Ahsmon, dalam kejadian 7.07 petang itu, polis menerima maklumat awal berkenaan seorang petugas KKM yang bertugas di pusat kuarantin berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik rehat di tingkat 2 dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 
“Mangsa yang berasal dari Mukah itu merupakan seorang pembantu perubatan berusia 28 tahun yang baharu ditugaskan di pusat kuarantin tersebut 2 Ogos lalu.
“Polis dengan ambulans telah hadir di lokasi setelah menerima panggilan kecemasan kejadian dan siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah dan tiada sebarang kesan pecah masuk atau kehilangan barangan milik mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jelasnya, petugas kesihatan yang turut hadir ke lokasi mengesahkan mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih kurang 7 jam sebelum ia disedari oleh rakan sekerja mangsa. 

**gambar sekadar hiasan

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found