Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berkuat kuasa 4 Julai, warganegara Malaysia yang pulang ke negara ini tidak perlu lagi mengisi dan melengkapkan ciri-ciri pas pengembara dalam aplikasi MySejahtera, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. --foto Bernama

Malaysia akan vaksin remaja 12 hingga 17 tahun

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR ,13 Ogos : Kerajaan dijangka akan mula memberi suntikan vaksin kepada kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun dalam masa terdekat ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, keutamaan akan diberikan kepada remaja yang mempunyai penyakit kronik sebelum inisiatif berkenaan akan diperluaskan kepada remaja tanpa masalah kesihatan kategori umur sama.

“ Pengumuman akan dibuat minggu depan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) bagi memastikan ia selari dengan pekeliling oleh Ketua Pengarah Kesihatan dan garis panduan klinikal terkini,”katanya menerusi Twitter.

Sebelum ini difahamkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan untuk memperluaskan PICK kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun namun bergantung kepada bekalan vaksin.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi surat pekeliling bertarikh 12 Ogos.

Dalam usaha untuk melindungi rakyat daripada ancaman COVID-19, beberapa negara Eropah seperti Perancis dan Jerman telah memvaksin kanak -kanak berusia 12 tahun dan ke atas manakala United Kingdom juga dijangka akan melaksanakan langkah serupa namun memberi keutamaan kepada remaja berusia 16 dan 17 tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan