Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lebih Rm200,000 dana sumbangan untuk Masjid Solahuddin Al Ayyubi

KUCHING, 13 Ogos: Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan Rm231,411.86 dana sumbangan menerusi cek kepada Masjid Solahuddin Al Ayyubi Kem Penrissen, Kuching, pada Jumaat.

Penyerahan cek berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kepada Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Dzulkafli Mustaffa yang juga merupakan penaung Masjid Solahuddin Al Ayyubi Kem Penrissen.

Divisyen Pertama Infantri dalam kenyataan memaklumkan pihaknya amat berterima kasih atas sumbangan dan keprihatinan kerajaan negeri dalam usaha membangunkan dan menambah baik pengurusan masjid berkenaan.

Simbolik penyerahan cek pula dilaksanakan ringkas selepas menunaikan solat jumaat di masjid itu.

Turut hadir Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mardzuki Muhammad, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Sri Haji Muhamad Abu Bakar bin Marzuki.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan