KUCHING, 13 Ogos: Susulan daripada kes tembakan melibatkan empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad turun padang meninjau dengan lebih jelas untuk mengetahui kejadian tembakan tersebut.
Beliau juga telah menyantuni waris keluarga Pergerakan Udara Pangkalan Udara Kuching sekali gus menyampaikan sumbangan kepada kesemua waris mangsa yang terlibat bagi memastikan kebajikan waris terjaga.
Dalam pada itu, Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada balu dan keluarga mangsa dan berharap mereka bertabah dengan kejadian tersebut.
Menerusi kenyataan tersebut, pihak TUDM sedang membuat segala urusan berkaitan pengebumian jenazah dan urusan kebajikan kepada waris anggota.
Pagi tadi kira-kira pukul telah berlaku satu tembakan yang mengakibatkan keempat-empat anggota TUDM meninggal dunia di Skuadron 330, Kota Samarahan, Kuching, Sarawak.
Tiga daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi anggota meninggal dunia di Hospital Jantung Kota Samarahan, Sarawak.
Kesemua mereka yang meninggal dunia berasal dari Sarawak dan telah berkahwin.
Kes telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk proses siasatan.