KUCHING, 13 OGOS: Hasrat dan perancangan Sharif Mohd Saddam Al-Attas Wan Sabli,27 untuk pergi memancing bersama abangnya, Sharif Mohd Siddiq Al-Attas tidak kesampaian apabila abangnya terkorban dalam insiden tembakan di kem tentera udara di Jalan Kuch
“Joran telahpun saya beli tapi tak sempat nak guna untuk memancing, abang dah pergi,” demikian luahan hati Sharif Mohd Siddiq.
Namun, pesanan abangnya supaya tidak meninggalkan solat akan sentiasa dipegangnya.
“Ingat Allah, jangan lupa solat.”
Menurut Mohd Saddam, pesanan yang sering diutarakan abangnya ketika hayatnya namun kenangan terakhir bergurau dengan abangnya tidak akan dapat dilupakannya.
“Arwah sempat bergurau tentang cat pintu rumahnya. Pagi tadi kami sama-sama pergi kerja dan dia sempat membunyikan hon kenderaannya.
“Arwah sering berpesan jangan lupa pergi sembahyang, ingat Allah kita tidak tahu bila kita akan meninggal,” kata Sharif Mohd Saddam.
Allahyarham Sharif Mohd Siddiq Al-Atta telah12 tahun berkhidmat dalam TUDM dan telah dua tahun bertugas di Sarawak.
Menurut keluarga manga, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Siniawan Lama, Bau sejurus sahaja bedah siasat selesai dijalankan
Allahyarham yang merupakan anak kedua dari tuhuh beradik meninggalkan balu dan tiga cahaya mata yang masing – masing berumur 6 tahun, 3 tahun dan bayi berusia 2 bulan.