Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Amuk: Empat anggota TUDM maut ditembak
Amuk: Empat anggota TUDM maut ditembak

Empat anggota TUDM maut kes tembak

ByOdleen Catherny

KUCHING, OGOS 13: Tiga orang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas rakan sekerja mereka dipercayai mengamuk dan melepaskan tembakan ke arah mereka sebelum menembak dirinya.

Menurut sumber, dalam insiden jam 7 pagi tadi, suspek yang berasal dari Lundu itu tiba di lokasi kejadian dengan menaiki sebuah motosikal dan terus memasuki bilik pengawal pagar utama di Control and Reporting Centre (CRC) TUDM di Jalan Samarahan

Suspek dikatakan terus mencapai sepucuk senjata jenis M4 Carbain dan menembak tiga anggota TUDM yang sedang bertugas di pos kawalan tersebut sebelum menembak dirinya.

Menurut sumber lagi, dua anggota mati di tempat kejadian manakala seorang lagi yang cedera terkena tembakan di bahagian perut telah dikejarkan ke Hospital Institut Jantung Negara (IJN) berdekatan namun beliau kemudiannya meninggal dunia.

Difahamkan pihak polis masih berada di lokasi kejadian untuk membuat untuk siasatan lanjut

*Kemaskini:

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut namun maklumat penuh mengenai mangsa belum dapat dipastikan.

“Ya, kita ada terima laporan tersebut dan sedang menyiasat punca kejadian dan kami masih lagi menunggu laporan penuh .

“Pihak polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kes ini dalam waktu terdekat,” katanya.

Sementara itu, TUDM dalam satu kenyataan mengesahkan insiden itu melibatkan empat warganya yang berlaku pada pukul 7.15 pagi.

Menurut kenyataan tersebut, kejadian berlaku ketika waktu anggota bertugas kira-kira pukul 7.15 pagi dan pihaknya akan menubuhkan satu lembaga penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Pihak TUDM menyerahkan kes kejadian kepada PDRM untuk menjalankan siasatan dan semua pihak digesa agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan oleh pihak polis selesai,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan