Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

WHO uji tiga ubat baharu bagi rawatan Covid-19

GENEVA, 12 Ogos — Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan pada Rabu bahawa kajian terhadap tiga ubat baharu bagi rawatan COVID-19 akan dilaksanakan dengan penyertaan ribuan penyelidik dari 600 hospital di 52 negara, lapor Xinhua.

WHO menerusi kenyataan akhbar memaklumkan, tiga ubat baharu tersebut merangkumi artesunate, sejenis ubat untuk rawatan malaria; imatinib, ubatan merawat penyakit barah tertentu; dan infliximab, rawatan untuk gangguan terhadap sistem imun seperti penyakit Crohn.

Panel pakar bebas telah memilih tiga jenis ubat itu berikutan potensinya dalam mengurangkan risiko kematian pesakit COVID-19 di hospital, dan disumbangkan pengeluar bagi tujuan penyelidikan, kata WHO.

“Mencari rawatan yang lebih berkesan dan mudah diakses buat pesakit COVID-19 tetap menjadi keutamaan, dan WHO bersedia untuk memimpin usaha global ini,” kata ketua pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

 WHO telah menguji empat ubatan sebelum ini, iaitu remdesivir, hydroxychloroquine, lopinavir dan interferon, dan hasil awal menunjukkan bahawa ubatan tersebut mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap pesakit COVID-19.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan