SRI AMAN, 12 OGOS: Dua lelaki warganegara Indonesia positif Covid-19 yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Sri Aman telah berjaya ditangkap oleh pihak polis.
Difahamkan, dua suspek berkenaan yang berusia 18 dan 19 tahun merupakan warganegara Indonesia yang positif COVID-19 itu dilaporkan melarikan diri dari PKRC Stadium KPSU, Jalan Sabu, Sri Aman berjaya dikesan kira-kira pukul 11.10 pagi hari ini.
Hasil maklumat dari orang ramai, sepasukan polis bergegas ke lokasi untuk mengesan kedua-dua lelaki berkenaan dan menjumpai suspek bersama-sama dengan seorang lelaki warga tempatan berumur 15 tahun di Kampung Stumbin , KM 18 , Jalan Sri Aman-Lingga .
Kedua-dua saspek warganegara Indonesia tersebut telah diserahkan semula kepada pihak Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM) KKM untuk tindakan lanjut.
Kes masih dalam siasatan.