Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kemampuan Sarawak urus ekonomi dan tangani Covid-19 terus menarik keyakinan pelabur asing

KUCHING, 12 Ogos: Kemampuan Kerajaan Sarawak menguruskan ekonominya serta kemampuannya menangani wabak COVID-19 terus menarik keyakinan para pelabur asing melabur di Sarawak tatkala wabak itu banyak menjejaskan sektor ekonomi dunia.

Ini terbukti apabila Sarawak bukan sahaja memperoleh pelaburan yang diluluskan bernilai RM15.7 bilion pada tahun 2020 malah akan terus melibatkan pelabur asing berhubung cadangan pelaburan dalam hidrogen hijau, kenderaan elektrik, kaca, gentian kaca dan lain-lain.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Terdapat empat syarikat multinasional di Sama Jaya telah memulakan rancangan pengembangan bernilai RM6.31 bilion.

“Ini merupakan bukti keyakinan penuh para pelabur terhadap kemampuan Kerajaan Sarawak menguruskan ekonominya serta kemampuan menangani wabak COVID-19,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Sarawak Chief Minister’s Industry Excellence Award (CMIEA) 2021 secara maya pada Khamis.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak menjelaskan salah satu cara kerajaan Sarawak mempercepatkan proses vaksinasi COVID-19 adalah dengan membuka Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) bagi sektor pembuatan, perkebunan, perkhidmatan (pusat membeli-belah dan pelancongan), pembinaan serta sektor minyak dan gas.

“Ini bertujuan untuk memudahkan pelaksanaan vaksinasi pekerja di sektor swasta,” kata beliau.

Menurut beliau, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan pelbagai inisiatif serta strategi untuk memastikan kebajikan rakyat dan komuniti perniagaan sentiasa dititikberatkan sekaligus menentukan pemulihan ekonomi negara berjalan lancar.

Amar Awang Tengah turut melahirkan penghargaan kepada beberapa buah persatuan perniagaan dari pelbagai sektor dan bidang yang menyertai PPVIN.

“Melalui kerjasama ini Kerajaan Negeri dapat menumpukan perhatian untuk mempercepat vaksinasi di negeri ini sama ada di bandar mahupun di luar bandar.

Antara persatuan perniagaan adalah seperti Sama Jaya, Samalaju, pembinaan kapal, Persekutuan Pengilang Malaysia, Persatuan Kayu Sarawak, Persatuan Pengilang Sarawak dan SBF.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan