Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kebakaran Kilang, Bomba Padam Hampir 10 Jam

PELABUHAN KLANG, 12 OGOS: Sebuah kilang kitar semula plastik terbakar di Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman menyebabkan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa kira-kira 10 jam memadamkan kebakaran kilang tersebut.


Menurut Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, mereka mengambil masa kira-kira 10 jam bermula pada 8:35 malam apabila tiba ditempat kejadian sehingga 6 pagi.
Anggota bomba sedang berusaha memadam dan membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi punca api kebakaran.


Setakat ini, pasukan bomba telah selesai 99 peratus kebakaran dan hanya tinggal bara bawah runtuhan saja yang menjadi kebimbangan kepada pihaknya. Pihak bomba berdepan cabaran untuk memadam kebakaran memandangkan angin kuat yang datang dari kawasan pelabuhan berhampiran laut.


“Bila sampai semalam, api sudah menjulang menyebabkan bomba sukar mendekati api yang terlampau besar itu.


“Bomba juga tidak tahu apa bahan mudah bakar dalam bangunan itu, kita dimaklumkan ada beberapa tangki cecair mudah bakar, jadi bomba bertindak menyejukkan tangki untuk mengelakkan terbakar.


“Semasa pemadaman dilakukan runtuhan struktur berlaku sama ada dinding dan bumbung,” kata Norazam ketika ditemubual oleh Harian Metro.


Beliau juga menjangkakan kerja pemadaman dapat diselesaikan sepenuhnya sebelum 6 petang ini.

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan