Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dua lagi negara terima vaksin China melalui COVAX

BEIJING, 12 Ogos — Kumpulan pertama vaksin COVID-19 berjumlah 1.7 juta dos yang dibekalkan China menerusi pelan COVAX selamat tiba di Bangladesh pada Selasa.

Penasihat Institut Epidemiologi, Kawalan Penyakit dan Penyelidikan (IEDCR) Bangladesh, Mushtaq Hossain berkata, bantuan vaksin tersebut amat penting dalam membantu melancarkan lagi program vaksinasi di Bangladesh.

Sementara itu Pakistan menerima bekalan pertama membabitkan 970 ribu dos vaksin COVID-19 pada pagi Rabu.

Perikatan Global untuk Vaksin dan Imunisasi (GAVI) pada Julai mengumumkan pihaknya telah menandatangani perjanjian tempahan awal dengan syarikat Sinopharm dan Sinovac untuk membekalkan vaksin COVID-19 kepada negara-negara membangun melalui COVAX.

Menurut perjanjian itu, dua syarikat China tersebut akan menyalurkan 110 juta dos vaksin COVID-19 kepada COVAX menjelang penghujung Oktober.

Data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan, kadar vaksinasi di negara berpendapatan tinggi dicatatkan sebanyak 51.15 peratus, manakala negara berpendapatan rendah pula sekadar 1.36 peratus setakat awal bulan ini.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan