Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19, Abang Siti Sarah ditidurkan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Pelawak Shuib Sepahtu memaklumkan, abang iparnya, Ahmad Fidous Raissuddin yang dirawat di Hospital Serdang akibat COVID-19 terpaksa ditidurkan.

Menerusi instagramnya, Shuib berkata, Ahmad Firdous ditidurkan sejak pukul 5 pagi semalam dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

“Assalamualaikum semua, Allah Maha Besar, Allah Maha Kuasa. Baru dapat panggilan abang arwah (Siti Sarah) dimasukkan ke ICU. Saya mohon mendoakan beliau diberi kesembuhan segera,” tulisnya.

Ahmad Firdous dan isteri disahkan positif selepas empat hari keluarga Siti Sarah dijangkiti virus COVID-19.

Pada Isnin lalu, adiknya meninggal dunia selepas 48 jam ditidurkan ICU, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu.

Kematian Siti Sarah mendapat perhatian ramai termasuk media luar negara berikutan penyanyi itu mengambil risiko melakukan pembedahan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungannya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan