Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
BSN sumbang RM2.5 juta bantu 1,300 pelajar B40
BSN sumbang RM2.5 juta bantu 1,300 pelajar B40

BSN sumbang RM2.5 juta bantu 1,300 pelajar B40

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR ,11 Ogos: Seramai 1,300 pelajar di beberapa negeri menerima manfaat melalui program Cerdik yang merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan beberapa kementerian.

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil berkata, menerusi program berkenaan, pihaknya menyumbang sebanyak RM2.5 juta bagi menyediakan akses digital kepada murid- murid dari keluarga berpendapatan rendah.

“Akses digital berkenaan meliputi komputer riba, tablet dan sambungan data dinikmati oleh pelajar di 16 buah sekolah di Sarawak, Perak, Pahang, Selangor, Kelantan, Johor, Kedah dan Negeri Sembilan bagi merapatkan jurang proses pembelajaran secara dalam talian,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurutnya, BSN teruja kerana dapat bersama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan dalam program berkenaan yang dikendalikan oleh Yayasan Hasanah.

“Ini adalah antara usaha berterusan BSN dalam menyediakan keperluan asas persekolahan bagi pelajar yang memerlukan selaras dengan nilai jenama CSR kami iaitu BSN Care di bawah teras Pendidikan,” katanya.

Sebelum ini BSN telah  melaksanakan pelbagai program khususnya bagi pelajar kurang berkemampuan seperti Program ‘Jom To School Spectacular’ (JTS Spectacular), Program ‘Murid Spec-tacular’ dan sebagainya. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan