Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen terima surat akuan pilih calon Perdana Menteri baharu
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun. Foto: BERNAMA

Yang Dipertua Dewan Rakyat nafi hantar surat PM hilang majoriti

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan beliau telah menghantar surat kepada Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah hilang majoriti.

Sehubungan itu, Azhar berkata, berita berkenaan yang disiarkan oleh sebuah portal adalah palsu.

“Portal berkenaan menerusi laporannya hari ini yang bertajuk ‘Perdana Menteri Terima Surat Speaker Maklum Tiada Majoriti, Mahu Bubar Parlimen’ melaporkan saya telah memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa kerajaan sudah tiada majoriti.

“Saya menafikan laporan berita tersebut,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Sementara itu, portal berkenaan menafikan mengeluarkan berita berkenaan dan menjelaskan artikel yang tular menggunakan logo palsu portal mereka dan berniat jahat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan