Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Warga emas lemas bot terbalik dipukul ombak di Miri

MIRI, 10 Ogos — Seorang nelayan warga emas ditemukan lemas manakala anaknya berjaya diselamatkan selepas bot yang dinaiki mereka terbalik akibat dipukul ombak besar ketika menangkap ikan kira-kira 11 batu nautika ke barat daya Kuala Miri di sini hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri Md Fauzi Othman berkata mayat Sadan Seman, 87, ditemukan terapung tidak jauh dari lokasi kejadian sementara anaknya Semido, 56, diselamatkan oleh nelayan lain yang tiba di situ kira-kira 12.45 tengah hari tadi.

“Semido berkata kejadian berlaku secara tiba-tiba apabila bot yang dinaiki mereka telah dipukul angin kencang dengan ombak setinggi tiga meter menyebabkan bot itu dimasuki air dan terbalik,” katanya dalam  kenyataan petang ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa tiba di Jeti Marina Bay di bandar raya ini kira-kira 1.30 tengah hari dan susulan kejadian itu, Md Fauzi meminta nelayan di sini untuk menangguhkan sebarang aktiviti mereka sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan.

“Komuniti maritim dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan terutamanya ketika keadaan laut bergelora dan cuaca tidak menentu.

“Amalkan langkah keselamatan dengan memakai jaket keselamatan dan bawa bersama peranti Personal Locator Beacon (PLB) untuk memudahkan Maritim Malaysia mengenal pasti lokasi sekiranya berlaku kecemasan,” katanya. 

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan