Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 21 Jun -- Seorang penerima vaksin Orang Kurang Upaya (OKU) dtenangkan ketika menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Program Vaksinasi Bergerak MyMedic@Wilayah di Dewan PPR Ulu Pudu hari ini. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiba masa segerakan vaksin golongan bawah 18 tahun

KUCHING: Sudah tiba masanya untuk menyegerakan proses pemberian vaksin kepada mereka yang berusia 18 tahun ke bawah, menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menerusi satu muat naik di Facebook miliknya.

Ini kerana, katanya, 31% daripada 836 kes positif yang direkodkan pada 10 Ogos 2021 adalah melibatkan golongan terbabit.

Justeru, Sarawak memohon Kumpulan Penasihat Vaksin COVID-19 Sarawak (SCOVAG) untuk menilai pemberian vaksin kepada golongan 18 tahun ke bawah.

“Memandangkan Sarawak telah jauh ke depan dalam vaksinasi di negara ini dan dianggarkan 29 peratus populasi kita adalah mereka di bawah 18 tahun.

“Kita tidak dapat menunggu lagi dasar PICK (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) dan meminta kepada SCOVAG untuk menilai kumpulan ini untuk divaksinasi,” ujarnya.

Katanya lagi, daripada 836 kes yang direkodkan, 13.6% adalah mereka yang berusia 18 tahun ke atas tetapi belum divaksinasi.

Manakala 13.8% pula merupakan mereka yang telah mendapat dos pertama vaksin dan 41.4% lagi merupakan mereka yang telah melengkapkan dua dos vaksin.

Tags: #bm, COVID-19

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan