Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis tahan 18 individu terlibat parti liar di Kepong

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Polis menahan 18 individu termasuk tujuh wanita dengan empat daripadanya wanita warga asing dipercayai menyertai parti liar di sebuah kondominium di Kepong, di sini, awal hari ini.

Kesemua yang ditahan turut dikompaun sebanyak RM4,000 seorang di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Pelan Pemulihan Negara 2021.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata semasa serbuan pada 1 pagi itu, kesemua individu berusia 19 hingga 42 berkenaan sedang minum minuman keras selain memasang bunyi muzik yang kuat. 

Beliau berkata siasatan ke atas dua lelaki berusia 19 dan 27 tahun yang juga penganjur parti itu mendapati aktiviti berkenaan dipromosi melalui aplikasi WeChat dan mengenakan bayaran RM150 bagi setiap bilik di kondominium itu.

“Suspek juga dipercayai melakukan penganjuran parti liar itu sejak awal bulan ini manakala hasil ujian saringan air kencing mendapati 12 individu positif dadah jenis amphetaminemethamphetamine dan ketamin. Polis turut merampas dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 27.50 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beh berkata permohonan reman akan dibuat ke atas kesemua individu itu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan