Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki maut dilanggar lori hilang kawalan di Sri Aman

SRI AMAN, 11 OGOS: Seorang lelaki berusia 36 tahun maut selepas dilanggar lori yang secara tiba-tiba hilang kawalan.

Dalam kejadian, pemandu lori yang sedang dalam perjalanan dari arah Sri Aman menghala ke Kuching telah hilang kawalan apabila kenderaan di hadapannya berhenti secara tiba tiba.

Pemandu lori terbabit cuba menekan brek namun kegagalan brek untuk berfungsi telah memaksa pemandu lori terbabit terpaksa memasuki laluan bertentangan lalu melanggar sebuah motosikal yang bergerak lurus dari arah Kuching ke Sri Aman.

Mangsa yang menunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng berusia 27 tahun mengalami kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1981.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan