Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kesatuan dalaman UiTM mohon campur tangan Perdana Menteri isu perlantikan Naib Canselor
Kesatuan dalaman UiTM mohon campur tangan Perdana Menteri isu perlantikan Naib Canselor

Kesatuan dalaman UiTM mohon campur tangan Perdana Menteri isu perlantikan Naib Canselor

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Presiden tiga kesatuan dan persatuan dalaman Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendapatkan pandangan untuk menyelesaikan polemik pelantikan Naib Canselor baharu universiti berkenaan.

Menerusi satu kenyataan bersama, mereka menyuarakan kebimbangan kerana penangguhan pelantikan Naib Canselor telah menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

“Kami menaruh kepercayaan terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri untuk meneliti perkara ini dan menyampaikan nasihat yang bersesuaian supaya tindakan segera dapat diambil,” kata kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan oleh Pemangku Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UiTM (UTiMAS), Prof Madya Datin Dr Sarimah Ismail dan Presiden Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA), Ahmad Faisal Mohamed Fiah serta Presiden Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUiTM), Zulkifli Mohamed.

Jawatan Naib Canselor UiTM kosong sejak Mac 2021 dan difahamkan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UiTM, Prof Dr Roziah Mohd Janor telah dilantik pada 2 Ogos lalu sebelum surat surat penangguhan bertarikh 7 Ogos dikeluarkan.

Penangguhan itu berlaku selepas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad meletakkan jawatannya pada 6 Ogos lalu.

Kenyataan berkenaan turut menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap mana-mana calon yang memohon jawatan Naib Canselor namun percaya pemilihan Roziah telah melalui proses temu duga serta memenuhi kriteria ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan.

Pada masa sama, ketiga-tiga persatuan dan kesatuan dalaman itu juga konsisten bahawa pelantikan Naib Canselor harus dibuat secara telus dan tidak dipengaruhi unsur negatif yang boleh mendatangkan kesan tidak baik terhadap imej UiTM sebagai institusi pendidikan -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan