Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
sarawak tertinggi vaksin dos penggalak
sarawak tertinggi vaksin dos penggalak

Kes COVID-19 Sarawak kembali bawah paras 700

KUCHING: Kes baharu COVID-19 di Sarawak kembali menurun di bawah paras 700 hari ini, dengan 634 kes berbanding 836 kes semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sarawak kini 83,387.

Antara kawasan yang mencatatkan kes yang tinggi adalah Kuching dengan 319 kes; Samarahan (64); Bau (42); dan Lundu (41).

“Sebanyak 465 kes atau 73.34 peratus daripada kes baharu hari ini berada dalam kategori satu (tiada gejala), 167 kes iaitu 26.34 peratus kategori dua (gejala ringan) dan dua kes iaitu 0.32 peratus dalam kategori tiga (jangkitan paru-paru).

“Pada hari ini juga terdapat 437 kes yang telah pulih dan 7,669 kes masih aktif,” menurut JPBN.

Selain itu, dua kematian baharu turut direkodkan hari ini, menjadikan angka keseluruhan kematian akibat pandemik tersebut kini 475 orang.

– BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan