Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SIBU, Aug 11 -- Assistant Minister of Education, Science and Technological Research Sarawak Dr Annuar Rapaee (second, left) joins 22 headmasters in Selangau district listening to a briefing on Raspberry Pi computers at Dewan Penghulu Balang in Sekuau today. --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHTS RESERVED

Agihan komputer ke sekolah rendah di Sarawak selesai Disember

SIBU, 11 Ogos — Pengagihan komputer Raspberry Pi kepada 1,265 sekolah rendah di seluruh Sarawak dijangka selesai Disember ini, kata Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak  Dr Annuar Rapaee.

Beliau berkata setakat ini lebih 500 sekolah di Serian, Bau dan Kapit telah menerima komputer yang akan mendedahkan murid terutamanya di kawasan pedalaman tengah kepada dunia digital melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) tanpa perlu akses internet

 “Komputer ini tidak seperti komputer yang hari-hari kita gunakan sebaliknya berfungsi sebagai rangkaian intranet dan memastikan pembelajaran masih boleh berlangsung walaupun tidak ada sambungan internet.

“Murid boleh menyambungkan tablet mereka kepada pelayan komputer dalam radius 10 meter untuk mengakses bahan pembelajaran yang sedia dimuat naik atau bahan yang dimuat naik oleh guru-guru mereka, ” katanya kepada pemberita selepas penyerahan komputer Raspberry Pi kepada 22 sekolah di daerah Selangau, di Dewan Penghulu Balang di Sekuau, dekat sini hari ini.

Dr Annuar berkata jumlah Raspberry Pi yang diperuntukan kepada setiap sekolah antara lima hingga 25 unit bergantung kepada bilangan pelajar.

Katanya Sarawak Information System Sdn Bhd (SAINS), iaitu syarikat milik penuh kerajaan negeri, akan menyediakan perkhidmatan teknikal manakala kementerian akan memberikan bahan-bahan pembelajaran yang sedia dimuat naik.

Beliau berkata, latihan akan diberikan kepada guru termasuk dalam aspek pemasangan dan penyelenggaraan kecil komputer Raspberry Pi, yang telah digunakan secara meluas di sekolah rendah di seluruh Britain, Amerika Syarikat serta beberapa negara di Afrika dan Amerika Selatan.

Selain Selangau, 35 sekolah di Kanowit dan 93 sekolah di Sibu akan menerima komputer masing-masing dalam masa terdekat, sebelum pengagihan diteruskan ke kawasan lain sehingga akhir tahun ini.

Program tersebut bagi memastikan semua murid sekolah di Sarawak diperkasakan dengan pengetahuan teknolologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam era digital sekarang.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan