Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak guna pakai pendekatan holistik, inklusif capai status negeri maju

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus memfokuskan usahanya untuk mencapai status negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030, menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Untuk mencapai sasaran itu, katanya, kerajaan telah memperkenalkan strategi yang holistik dan inklusif

Antaranya, adalah dengan membangunkan ekonomi berteraskan kepada sumber yang ada dalam negeri ini.

“Sumber-sumber ini kemudiannya akan kita tambah nilai dengan melahirkan anak-anak Sarawak yang mempunyai kemahiran dan kepakaran ilmu terkini agar hasilnya dapat kita eksport ke pasaran terbuka,” katanya menerusi amanat khasnya yang disampaikan pada majlis Doa Akhir Tahun 1442H dan Awal Tahun 1443 sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri yang turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Katanya lagi, kesemua pendekatan yang digunakan adalah berasaskan kepada pengajaran Islam iaitu melalui ilmu dan seterusnya digunakan untuk berbakti kepada masyarakat.

Malah, nilai-nilai tersebut turut digunakan dalam strategi Pembangunan Pasca COVID-19 yang diumumkannya pada 22 julai lalu.

“Piagam Madinah menekankan pentingnya ilmu dalam usaha meningkatkan ekonomi masyarakat Islam.

“Maka inilah asas yang digunakan kerajaan negeri dalam memberikan dasar kepada rakyat Sarawak,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan