Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarang Penagih Dadah Diserbu dan Dimusnah Polis

ByFreddy Bohari

BAU: Lima penganggur yang disyaki penagih dadah telah dicekup oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Bau dalam Op Tapis pada petang Isnin.

Ketika anggota polis, yang diketuai Inspektor Alwad Hamat, melakukan pemeriksaan ke atas sebuah pondok terbiar di tepi sungai dekat jalan lama di Siniawan, beberapa orang yang melihat kehadiran mereka telah melarikan diri.

Tindakan pantas polis berjaya menahan lima lelaki tempatan yang berusia dalam lingkungan usia antara 22 hingga 33 tahun dan berasal dari beberapa buah kampung di sini.

Pemeriksaan lanjut tidak menjumpai sebarang dadah berbahaya pada badan kesemua lelaki tersebut yang kemudian dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Bau.

Hasil saringan awal air kencing mendapati kesemua lelaki itu positif dadah jenis metamfetamina dan disiasat di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah berbahaya 1952.

Siasatan awal mendaoati kesemua mereka memperoleh bekalan dadah lebih awal sebelum mereka pergi ke tempat penangkapan.

Pondok terbiar berkenaan didirikan menggunakan kanvas sebagai tempat mereka berehat sambil menjalankan kegiatan pengambilan dadah.

Pasukan serbuan telah memusnahkan pondok tersebut untuk memastikan ia tidak menjadi tempat rutin bagi kegiatan penyalahgunaan dadah.

Kegiatan itu dikesan hasil rondaan dan pemantauan yang telah dijalankan oleh anggota Bahagaian Siasatan Jenayah Narkotik di kawasan kampung seperti sebelum ini.

Kesemua lelaki terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon, dalam kenyataan medianya, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau hukuman penjara tidak lebih daripada dua tahun, dan diperintahkan menjalani pengawasan selama beberapa tahun di bawah seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sarang penagih dadah tepi sungai yang diserbu dan dimusnahkan di Siniawan, Bau.
Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan