KUCHING: Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC) menerusi Bank Rakyat akan terus proaktif untuk membangunkan lebih banyak cawangan bank rakyat di daerah-daerah kecil di Sarawak .
Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata bagaimanapun cabaran ketiadaan perhubungan internet dikawasan luar bandar ketika ini menyukarkan prasarana tersebut untuk direalisasikan.
Justeru, usaha untuk menubuhkan cawangan baharu disesebuah kawasan mampu memenuhi keperluan penduduk dan mengalakkan pembangunan ekonomi di negeri ini.//
“Saya telah berbincang dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dimana usaha ini juga sejajar dengan agenda Kerajaan Sarawak, dimana ini akan membantu dibawah agensi-agensi dibawah kementerian saya untuk menubuhkan banyak lagi cawangan-cawangan di Sarawak lebih-lebih lagi di luar bandar supaya masyarakat diluar bandar ini diberi perhatian perbankan”. katanya ketika ditemui selepas diwawancara dalam program Sejahtera Asia terbitan TVS .
Katanya lagi Bank Rakyat ketika ini diarahkan untuk membuat kajian secara menyeluruh khususnya di Sarawak,Sabah dan juga di negeri-negeri di semenanjung yang mana terdapat masyarakat terpencil yang memerlukan perkhidmatan perbankan.
Pada Isnin Wan Junaidi telah merasmikan pembukaan cawangan baharu Rakyat Xcess dan Ar-Rahnu x’Change yang terletak di daerah kecil Sebuyau, Sarawak.
Kemudahan ini katanya akan membantu para peniaga dan penduduk untuk menjalankan urusan perbankan dengan mudah, selamat dan cepat.
Ends