Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 25 Jun -- Petugas pengurusan jenazah mengusung jenazah COVID-19 untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan di Presint 20, Putrajaya baru-baru ini.
Tugasan menggali dan mengebumikan jenazah positif wabak itu tidak mengira waktu sama ada siang atau malam berikutan ia perlu dilakukan secepat mungkin dengan pemantauan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Namun, ia tetap dilaksanakan dengan penuh dedikasi bagi memastikan ‘rumah terakhir’ arwah dapat diuruskan dengan sebaiknya walaupun mereka sentiasa terdedah kepada risiko jangkitan wabak tersebut. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

COVID: Sarawak catat 836 kes, tujuh kluster diisytihar

KUCHING: Kes positif COVID-19 harian di Sarawak meningkat kepada 836 kes pada Selasa, sekaligus menjadikan kes keseluruhan kepada 82,753.

Jangkitan tertinggi direkodkan di Kuching dengan 458 kes, diikuti Serian 131 kes, Samarahan (56), Asajaya (21), Dalat (21) dan Sibu (20).

“Simunjan (19), Bintulu (14), Beluru (14), Miri (13), Kapit (13), Sri Aman (11), Mukah (9), Bau (8), Lundu (6), Tebedu (4), Selangau (4), Saratok (3), Kabong (3), Betong (2), Sarikei (2), Pakan (1), Tatau (1), Subis (1) dan Sebauh (1),” menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Dalam pada itu, dua kes kematian dilaporkan pada Selasa, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 473 orang.

Ia melibatkan dua lelaki tempatan yang berumur 78 dan 61 tahun yang dilaporkan meninggal di Hospital Umum Sarawak.

Sementara itu, tujuh kluster baharu diisytihar di Sarawak pada Selasa dengan kesemuanya melibatkan komuniti.

Di Kuching,  empat kluster baharu yang diisytiharkan melibatkan Kluster Kampung Jaya Bakti, Kluster Kampung Tanjong Bako, Kluster Lorong Cahaya Damai dan Kluster Braang Payang.

Sementara tiga lagi kluster adalah Kluster Sessang di Kabong, Kluster Dabai Baruh di Saratok dan Kluster Senibung di Lundu.

Bagi kluster tamat pula, terdapat dua kluster diisytihar tamat iaitu Kluster Kampung Serikin, Bau dan Kluster Sungai Long Seripa, Sebauh.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan