Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 2 Jun -- Seorang wanita menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.?Antara yang tersenarai di dalam bantuan PEMERKASA Tambahan adalah Kerajaan akan mempercepatkan pemberian vaksin daripada 80,000 dos sehari kepada 150,000 dos sehari menjelang akhir Jun serta mempercepatkan pemberian vaksin kepada negeri berkepadatan tinggi. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Awas, KKM sedia ambil tindakan jika tipu sijil vaksin

BAGAN SERAI: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memalsukan sijil digital vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata perbuatan penipuan tersebut dipandang serius bahagian penguatkuasaan KKM dan pihak berkuasa lain, yang pastinya akan bertindak bagi membendung perbuatan tidak bermoral itu.

“Menipu adalah perbuatan yang keji dan sepatutnya kita kena jujur dalam urusan sebab itulah timbul macam-macam penipuan termasuk penipuan sijil digital MySejahtera yang dicetak.

“Kita akan siasat. Pastinya bahagian penguatkuasaan KKM akan lebih berhati-hati dalam memastikan dan memeriksa ketulenan sijil vaksinasi,” katanya dalam sidang media selepas melawat pusat vaksinasi untuk warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar Al-Baqir di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat yang mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan kelonggaran syarat prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri dan daerah seperti mengemukakan sijil vaksin yang palsu.

Menurutnya, isu penipuan berkaitan sijil vaksinasi ini akan dibawa dalam mesyuarat khas KKM dalam masa terdekat bagi membincangkan kaedah bersesuaian dalam mengelakkan ia berlaku sewenang-wenangnya dan berleluasa di seluruh negara.

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan kekurangan penerima vaksin di Perak, Dr Noor Azmi menafikan dakwaan itu kerana setakat 8 Ogos, sebanyak 34.4 peratus telah menerima suntikan dos pertama membabitkan 864,249 orang dan 21.9 peratus iaitu 549,262 orang pula telah mendapat dos kedua.

Beliau berkata untuk daerah Kerian sahaja seramai 57,841 orang (29.8 peratus) disuntik dos pertama dan 40,716 orang (21.0 peratus) bagi dos kedua.

Dilapor, Perak antara beberapa negeri yang agak perlahan dalam proses vaksinasi walaupun bekalan vaksin telah diterima dalam kuantiti yang banyak sebelum ini.

Terdahulu, pada majlis itu, seramai 1,500 guru, pekerja sokongan, penguasaha kantin dan pemandu bas menerima suntikan vaksin sebagai persediaan sebelum sesi persekolahan yang akan dibuka secara berperingkat September ini.

“Suntikan untuk guru dan warga sekolah sangat penting bagi mengelakkan risiko penularan pandemik COVID-19 kepada anak-anak yang akan kembali ke sekolah. Ketika ini anak-anak tidak diberikan vaksin, kita hanya bagi vaksin kepada pelajar berumur 18 tahun ke atas yang akan menduduki peperiksaan,” katanya.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan pada 17 Julai lepas memaklumkan sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 Sept.

– BERNAMA

Tags: #bm, kkm, tipu, vaksin

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan