Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Taufan Lupit landa barat Jepun

ByTVS

TOKYO, 9 Ogos — Taufan Lupit yang membawa angin kencang dan hujan lebat melanda barat Jepun pada Isnin selepas membadai barat daya wilayah Kyushu pada Ahad, lapor Xinhua.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, Lupit, taufan kesembilan tahun ini dijangka tiba di Laut Jepun selepas melanda wilayah Hiroshima berdekatan Kure pada Isnin, dengan membawa hujan dan angin kencang di bahagian barat, timur dan utara Jepun hingga Selasa.

Penduduk di kawasan terbabit dinasihatkan berwaspada terhadap kemungkinan kejadian tanah runtuh dan banjir.

Amaran tanah runtuh dikeluarkan di beberapa wilayah sekitar Hiroshima, Shimane, Ehime, dan Oita, manakala paras air sungai di beberapa wilayah di Hiroshima dan Yamaguchi telah melepasi tahap amaran banjir.

Curahan hujan dijangka mencecah 300 milimeter (mm) di wilayah Tokai dan sekitar 100 mm hingga 180 mm di daerah Kanto dan Kinki dalam tempoh 24 jam hingga Selasa.

Taufan tersebut bergerak ke timur laut dengan kelajuan 45 km sejam dan kira-kira  70 km di selatan barat daya Yonago, wilayah Tottori pada 6 pagi waktu tempatan. Kelajuan angin diramal mencecah sehingga 126 kilometer sejam. 

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan