Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sindiket perjudian menyebabkan SEB kerugian RM1.85 juta

PADAWAN: Operasi bersepadu oleh pasukan polis bersama Sarawak Energy Berhad (SEB) di dua buah premis yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian haram turut membongkar aktiviti penyambungan bekalan elektrik tanpa kebenaran yang menyebabkan SEB menanggung kerugian yang mencecah RM1.825 juta.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, DSP Lim Jaw Shyong berkata, dalam serbuan pertama kira-kira pukul 10.45 pagi di sebuah premis yang tidak berpenghuni pada Sabtu lepas di Jalan Batu Kawa-Matang, pihaknya terpaksa memotong mangga pintu untuk melakukan pemeriksaan.

“Serbuan pertama menemukan 110 unit mesin perlombongan dan 110 unit mesin bitcoin serta pelbagai peralatan lain di premis yang terletak di atas sebuah kedai mencuci kereta.

“Berdasarkan semakan, aktiviti perjudian menggunakan sambungan bekalan elektrik haram ini sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu dengan kerugian ditanggung oleh SEB sebanyak RM1.134 juta,” katanya.

Beberapa jam selepas itu, Jaw Shyong berkata, satu lagi serbuan dilakukan ke atas sebuah premis yang terletak di Tingkat Satu, PRC Garden, Jalan Matang yang juga tidak berpenghuni.

Menurutnya, polis berjaya merampas 80 unit mesin perlombongan bersama 110 unit mesin bitcoin dan pelbagai barangan lain yang dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian dalam talian.

“Premis ini juga dipercayai beroperasi sejak tiga tahun lalu dengan menggunakan sambungan elektrik haram yang menyebabkan kerugian sebanyak RM691,000 kepada SEB,” katanya.

Beliau menambah, polis kini sedang mencari pemilik atau penyewa kedua-dua premis terbabit untuk melengkapkan siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 427 Kanun Kanun Keseksaan,” katanya

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan