Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pemandu lori sempat mengadu sesak nafas beberapa jam sebelum meninggal dunia

KUALA BERANG, 9 Ogos — Seorang pemandu lori sempat mengadu sesak nafas sebelum ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah treler di Kampung Tok Gebuk Ajil, Hulu Terengganu hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Mat Daud berkata mangsa Wan Mohd Rudi Wan Yusoff, 34, memberitahu perkara itu kepada rakannya yang juga kelindan lori terbabit ketika dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang.

 Katanya, kira-kira pukul 2 pagi tadi pemandu dan kelindan itu telah berhenti rehat di lokasi kejadian sementara menunggu kedai tayar dibuka untuk menukar tayar kenderaan itu, sebelum meneruskan perjalanan ke Aring, Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya selepas beberapa jam, Wan Mohd Rudi didapati tidak bangun dari tidur setelah dikejutkan kelindan terbabit dan mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.55 pagi oleh pegawai perubatan yang hadir ke lokasi.

Mohd Adli berkata mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk ujian calitan COVID-19 dan bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan