Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pasar Tamu Simanggang Baharu Telah Dibuka

SRI AMAN, 9 OGOS: Bermula 30 Julai lalu, Pasar Tamu Simanggang yang baharu telah mula dibuka kepada penjaja bermula 8 pagi sehingga 11 pagi untuk memberi kemudahan serta keselesaan kepada penduduk Bandar Simanggang.

Pasar Tamu yang beroperasi tiga hari seminggu bermula setiap Jumaat ini dinamakan Pasar Tamu Simanggang sebagai mengingati nama asal Daerah Sri Aman iaitu Simanggang.

Pasar Tamu Simanggang ini terletak di Jalan Astana Pasar Tamu, menawarkan pelbagai produk hasil hutan, buah-buahan tempatan dan sayur-sayuran kepada pengunjung.

Meskipun perancangan asal, Pasar Tamu Simanggang ini dibuka pertengahan Ogos, namun berikutan pandemik COVID-19 serta kehadiran musim buah-buahan yang menyebabkan lambakan penjaja berniaga diperkarangan pasar tamu sedia ada menyebabkan Pihak Berkuasa Tempatan terpaksa mengambil langkah proaktif agar pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 3 dipatuhi.

Gambar: Antara hasil pertanian penduduk tempatan yang dipasarkan di Pasar Tamu Simanggang

Dalam usaha untuk meningkatkan aspek displin dan rasa tanggungjawab peniaga terutamanya berkaitan kebersihan setiap petak atau lot perniagaan dikenakan harga RM5 setiap satu.

Manakala, untuk memastikan keadaan sentiasa selamat daripada jangkitan wabak COVID-19 Pihak Berkuasa Tempatan melalui Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) turut menyediakan kaunter saringan kesihatan, pendaftaran dan menggunakan sistem penggiliran kepada peniaga dan pengunjung.

Dengan pembukaan Pasar Tamu Simanggang ini juga ianya dapat menempatkan penjaja-penjaja harian yang tidak ada tempat khas di tempat lama dan kita juga benar-benar berharap penjaja dapat memanfaatkan ruang diberikan dengan seoptimum mungkin dan menggunakan peluang diberikan berusaha menyediakan jualan masing-masing yang secara tidak langsung menjadi duta kecil produk tempatan.

Ikuti TVS di Telegram, Facebook, Twitter, Instagram, TikTok dan YouTube

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan