Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke laut

ByTVS

KUANTAN, 9 Ogos — Seorang nelayan tempatan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke laut semasa menangkap ikan pada kedudukan kira-kira 14 batu nautika timur Gebeng di sini, Sabtu lepas.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pahang Laksamana Pertama Maritim Datuk Amran Daud berkata kehilangan Ishak Muda, 60, hanya disedari selepas bot pukat jerut yang dinaikinya tiba di Jeti Kompleks Kemunting di sini, pagi semalam.

“Tekong bot mendakwa mereka tidak melihat kelibat mangsa di jeti dan cubaan mencarinya di sekitar kawasan berhampiran juga tidak berjaya menyebabkan mereka berpendapat mangsa telah terjatuh ke laut. 

“Kali terakhir mangsa dilihat rakannya ialah semasa mereka berada di lokasi menangkap ikan pada sebelah malam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Amran berkata operasi mencari dan menyelamat bermula pada 4 petang semalam namun ditangguhkan pada 7.30 malam ekoran cuaca gelap sebelum kembali bersambung pagi ini, melibatkan kawasan carian  seluas 35 batu nautika persegi.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan