Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
HAFIZH SYAHRIN MAL NTS RW RACING GP NTS Moto2 GP Portugal 2021 (Circuit Portimo) 16-18.03.2021 photo: Lukasz Swiderek www.photoPSP.com @photopsp_lukasz_swiderek

Hafizh Syahrin kemalangan, tidak tamatkan perlumbaan di GP Austria

ByTVS

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah tidak dapat menamatkan perlumbaannya di Grand Prix (GP) Styria, Austria hari ini selepas mengalami kemalangan pada pusingan ke-16. 

Selain Hafizh, rakan sepasukan yang berlumba dengan NTS RW Racing GP, Barry Baltus turut mengalami kemalangan pada pusingan ke-24.  

Marco Bezzecchi dari Itali muncul juara dengan catatan masa 37 minit 29.460 saat diikuti pelumba Sepanyol Aron Canet dan Augusto Fernandez masing-masing di tempat kedua dan ketiga. 

Pelumba kelahiran Selangor itu kini menduduki tangga ke-24 selepas lapan perlumbaan dengan mengumpul lapan mata dalam ranking keseluruhan musim 2021.

Sebelum ini, Hafizh Syahrin menduduki tempat ke-9 di GP Itali pada Mei lepas, yang merupakan kedudukan terbaiknya musim ini. 

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan