Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 13 Julai -- Petugas kesihatan yang terlibat dalam pengendalian kes COVID-19 kelihatan letih berikutan peningkatan kes setiap hari. Hari ini Malaysia pertama kali melaporkan kes harian COVID-19 melebihi 11,000 kes iaitu 11,079 kes dalam tempoh 24 jam lalu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam Twitter memaklumkan Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 5,263 kes diikuti Kuala Lumpur (1,521); Negeri Sembilan (1,033); Kedah (497); Sarawak (472); Johor (406) dan Perak (329). Selain itu, Melaka mencatatkan 323 kes; Pahang (321); Sabah (239); Pulau Pinang (234); Kelantan (211); Terengganu (93); Putrajaya (77) dan Labuan (60), sementara tiada kes baharu COVID-19 di Perlis. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Garis panduan kemudahan individu vaksin lengkap di Sarawak tunggu persetujuan JPBN

KUCHING: Pelaksanaan garis panduan kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksin lengkap akan dilaksanakan sebaik sahaja Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dicadangkan, mendapat persetujuan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN Sarawak memaklumkan ia mengambil maklum pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap pada Ahad.

“Sarawak juga mengambil kira manfaat vaksin lengkap dan menyambut baik peranan kemudahan-kemudahan yang telah diumumkan terhadap kesihatan mental dan fizikal rakyat serta aktiviti ekonomi negara,” katanya.

Berikutan itu, JPBN Sarawak menyatakan SOP sedia ada masih berkuat kuasa sehinggalah SOP Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Sarawak diwartakan.

Sebanyak 589 kes baharu COVID-19 dicatatkan di Sarawak pada Isnin, menjadikan keseluruhannya 81,917 kes dilaporkan setakat ini, dengan tiga kematian direkodkan menjadikan keseluruhan angka korban COVID-19 negeri ini meningkat kepada 471 kes.

– BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan