Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
siti sarah selamat lahir baby lelaki

Siti Sarah selamat lahirkan bayi lelaki, belum sedar

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 7 Ogos : Penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang terpaksa ditidurkan berikutan tahap oksigen yang tidak stabil kerana dijangkiti COVID-19, selamat melahirkan bayi lelaki kira -kira pukul 5 petang semalam.

Menerusi kemaskini akaun Instagram suaminya, Shuib Sepahtu, pelawak berkenaan memberitahu isterinya masih belum sedarkan diri selepas pembedahan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

siti sarah selamat lahir baby lelaki

Baca lagi artikel menarik mengenai >>>  Pencapaian Pandelela sangat membanggakan – Abdul Karim

” Alhamdulillah, ada peningkatan cuma pada pukul 11 malam tadi, tahap oksigen Sarah menurun kepada 40 sebelum kembali stabil pada paras 77 pada pukul 2 pagi. Sebentar tadi, doktor memberitahu, bacaan oksigennya kini pada paras 80,” tulis Shuib.

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah ,36, mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19 namun Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas kuarantin 14 hari.

Sementara itu, Shuib turut membuat permohonan maaf bagi pihak isterinya dan memohon mendoakan keselamatan Siti Sarah dan bayi lelaki mereka yang dinamakan Ayash Affan. -TVS

Ikuti TVS di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan