Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

RM4.9 Juta Diperuntukkan Kepada RELA Sarawak

ByAkma Salleh

SEJUMLAH RM4.9 juta telah diperuntukkan kepada Jabatan Sukarela Malaysia (RELA) Sarawak.

Pengarahnya, Abang Zulfikar Abang Reduan berkata, peruntukan dari Kerajaan Sarawak itu akan digunakan untuk membayar elaun anggota RELA yang tertangguh dari bulan April Sehingga Jun 2021.

Tuntutan ini kata Abang Zulfikar adalah berkaitan dengan penugasan anggota RELA semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) di negeri ini untuk tempoh tiga bulan tersebut.

“Elaun penugasan PKP mulai 6 Mei lepas telah mendapat persetujuan kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) untuk dibayar oleh kerajaan negeri kepada anggota rela,” katanya pada sidang media di Hotel Promenade Bintulu pada Jumaat.

“Pembayaran ini melibatkan 3,000 anggota seluruh Sarawak termasuk 347 anggota RELA di Bintulu.

Jelasnya lagi, untuk elaun anggota rela di Bintulu, ia hanya melibatkan tuntutan untuk bulan Mei dan Jun.

Sementara itu,  RELA Sarawak juga telah berbincang dengan pengurusan tertinggi RELA dan bersetuju membayar elaun berkaitan dengan penugasan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibayar menggunakan peruntukkan sedia ada kerajaan persekutuan seperti yang telah disalurkan kepada pejabat RELA Sarawak.

Ketika diminta mengulas mengenai kelewatan pembayaran tersebut, Abang Zulfikar berkata sebelum ini RELA Sarawak telah menggunakan peruntukan yang disalurkan kerajaan persekutuan untuk membayar elaun.

Bagaimanapun, sejak pandemik COVID-19 ini berlaku jumlah anggota RELA yang bertugas telah meningkat 300 peratus dan menyebabkan RELA Sarawak mempunyai masalah dari segi peruntukan dan kerajaan Sarawak telah bersedia untuk membantu membayar elaun tambahan itu.

Tags: bm, elaun, RELA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan