Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 28 Julai -- Seorang penerima mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 ketika tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin Integrasi (PPVI) di PERSADA PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini. PLUS menjadi ibu pejabat lebuh raya pertama yang diaktifkan sebagai Pusat Pemberian Vaksinasi Integrasi (PPVI) untuk memberi vaksin kepada 2,000 individu sehari. Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail semalam berkata, inisiatif itu dilaksanakan dengan kerjasama rakan penasihat perubatan, Primer Cherang bersama Protech Health, pelaksana pengamal perubatan swasta dan penyertaan agensi penjagaan kesihatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Inisiatif vaksin secara walk in akan diperluaskan di seluruh negara

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Inisiatif vaksinasi secara walk in yang dilaksanakan di Lembah Klang ketika ini akan diperluaskan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam di seluruh negara khas untuk kumpulan tertentu dalam masa terdekat.

Menurut kenyataan oleh Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19, setakat ini enam negeri iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Sarawak telah memulakan inisiatif berkenaan kepada warga emas termasuk Kelantan yang melaksanakannya secara pra tempahan.

“Perlaksanaan ini khusus untuk kumpulan warga emas, orang kurang upaya (OKU), individu dengan komorbid berusia 18 tahun dan ke atas serta individu yang terlepas suntikan dos kedua.Mereka boleh pergi ke mana – mana PPV yang berhampiran,”kata kenyataan berkenaan.

Selain itu, guru, anggota kumpulan pelaksana dan pekerja perkhidmatan sokongan kontrak di institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia juga boleh menerima suntikan vaksin menerusi inisiatif ini.

“Bagaimanapun, wanita hamil tidak digalakkan untuk walk in, sebaliknya akan diberikan janji temu melalui aplikasi MySejahtera,” jelas kenyataan itu.

Dalam perkembangan sama, kadar semasa vaksinasi bagi populasi dewasa di negara ini yang menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam telah mencecah 35.3 peratus.

Menerusi kemaskini oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV), peratusan berkenaan mewakili sebanyak 8,258 110 juta individu yang menerima suntikan pelalian menerusi Pogram Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Pada masa sama, data juga menunjukkan seramai 15 350 180 juta individu dewasa atau 65.6 peratus telah menerima sekurang -kurangnya satu dos suntikan.

“Semalam, sebanyak 447 035 suntikan dos telah diberikan kepada rakyat di negara ini.

“Jumlah suntikan terbanyak dicatatkan di Lembah Klang membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu 168 958 bagi kedua-dua dos,”jelas kenyataan berkenaan.

Sementara itu, dari segi jumlah kumulatif pemberian dos kedua vaksin bagi populasi dewasa, Labuan mencatatkan peratusan tertinggi sebanyak 84.3 peratus diikuti Sarawak (71.2 peratus) dan Perlis sebanyak 48 peratus.

Tiga negeri dengan kadar dos dua vaksin terendah bagi populasi dewasa ialah Sabah (16.2 peratus), Johor (19.4 peratus) dan Kelantan dengan 24.3 peratus. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan